1)
Jangan kerap bersetubuh kerana lebih kerap anda mencapai ejakulasi,
isipadu air mani makin berkurangan dan cair. Jika ejakulasi selang tiga
hari, air mani akan lebih mantap.
2)
Elak tabiat merokok dan minum minuman keras. Kedua-dua perkara itu
merendahkan tahap hormon testosterone untuk fungsi optima pundi yang
menghasilkan air mani.
3)
Lakukan senaman secara berkala, lakukan senaman kegel atau kemut, iaitu
mencengkam otot lantai pelvis dan otot pembukaan lubang najis dan
lubang kencing.
4)
Makan makanan berkhasiat yang mengandungi kurang lemak, tinggi khasiat
protein, sayur-sayuran dan kekacang. Semua itu sesuai untuk kesihatan
sperma dan kandungan air mani. Kurangkan makanan pedas dan berempah.
5)
Elakkan buah zakar terdedah kepada kepanasan. Kepanasan menjejaskan
kilang sperma. Pakai seluar dalam longgar seperti seluar pendek (boxer)
dan elakkan sauna atau merendam badan dalam air panas terlalu lama.
6) Kurangkan berat badan jika didapati meningkat. Peningkatan lemak perut mengganggu kestabilan hormone testosterone.
7)
Belajar mengurus tahap tekanan secara positif melalui yoga dan
bertafakur kerana tekanan memberi kesan negatif kepada kesihatan badan.
8)
Dapatkan urutan badan yang menyegarkan supaya otot selesa dan badan
tenang serta mudah berinteraksi secara seksual dan memberi isipadu air
mani yang lebih.
9) Makan makanan tambahan dan herba yang dapat membantu meningkatkan isipadu air mani dan bilangan sperma seperti madu, telur ayam kampung dan buah badam. Kekacang
juga membantu meningkatkan sperma, zink dapat memantapkan kilang
sperma. Herba tongkat ali terbukti berkesan dalam meningkatkan hormon
testosterone dan DHEA yangs secara langsung dapat membantu memantapkan
pundi serta kilang sperma.
10) Lakukan hubungan seksual sebelah pagi kerana ketika itu mudah mengalami pemanasan yang dapat membina kecerdasan pundi yang menghasilkan air mani. Jika lakukan seks sebelah malam,tahap keaktifan badan menurun dan rangsangan kurang, jadi pengeluaran air mani juga kurang.
0 komentar:
Posting Komentar