Senin, 03 Maret 2014

PBS | Buku Skrap Sains Tingkatan 2 : Alatan Untuk Mengatasi Had Deria Pendengaran dan Penglihatan

PBS Sains Tingkatan 2
Tugasan : Buku Skrap / Folio
Alatan Untuk Mengatasi Had Pendengaran dan Had Penglihatan
Instrumen B6D1E1


Muka Depan (Cover)


SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN LUAR BANDAR NO.1 SIBU
KM 33.4 Jalan Oya, 96 000 Sibu, Sarawak 

ALAT TEKNOLOGI BAGI MENGATASI MASALAH HAD DERIA PENGLIHATAN DAN HAD DERIA PENDENGARAN
B6D1E1


Nama Penuh
Nombor Kad Pengenalan
Kelas


Muka Surat 1 (Pengenalan)
 Deria manusia terdiri daripada lima deria yang penting iaitu, deria rasa, deria sentuhan, deria bau, deria penglihatan dan deria pendengaran. Masing-masing menggunakan organ deria yang tersendiri dan juga spesifik dengan fungsinya. Sebagai contohnya, deria penglihatan menggunakan mata sebagai organ deria dan deria pendengaran menggunakan telinga sebagai organ deria.

Walau bagaimana pun, terdapat beberapa had dan halangan tertentu kepada deria penglihatan dan deria pendengaran kita. Sebagai contohnya, mata kita tidak dapat melihat objek yang sangat kecil seperti kuman. Manakala telinga kita pula tidak dapat mendengar bunyi yang sangat kecil atau yang sangat kuat.

Namun, dengan adanya teknologi moden,  halangan dan had kepada deria seperti ini dapat juga diatasi. Alatan seperti teleskop, mikroskop, kanta pembesar, sinar-X, periskop, teropong dan alat pengimbas ultrabunyi dapat membantu mengatasi had kepada deria penglihatan kita. Manakala alatan seperti mikrofon, pembesar suara, stetoskop dan alat bantu dengar pula mampu untuk membantu kita mengatasi had deria pendengaran.



Muka Surat 2 
(Definisi Had Deria Penglihatan dan Had Deria Pendengaran)

Had Deria Pendengaran adalah keterbatasan terhadap deria pendengaran yang disebabkan oleh halangan tertentu pada fungsi organ telinga.

Sebagai contohnya:
- tidak dapat mendengar bunyi yang terlalu kecil (sebab tuh kita guna pembesar suara)
- tidak dapat mendengar bunyi jantung (sebab tuh kita guna stetoskop)



Had Deria Penglihatan adalah keterbatasan terhadap deria penglihatan yang disebabkan oleh halangan tertentu pada fungsi organ mata.

Sebagai contohnya:
- tidak dapat melihat objek yang terlalu kecil (sebab tu kita guna mikroskop)
- tidak dapat melihat objek yang terlalu jauh (sebab tu kita guna teleskop)
- tidak dapat melihat objek yang berada di sebalik dinding (sebab tuh kita guna periskop)




 Muka Surat 3
(Alatan Untuk Mengatasi Had Deria Penglihatan)

1. Teleskop

Alat untuk mengatasi had deria pendengaran dan penglihatan teleskop
Fungsi : Melihat objek yang sangat jauh seperti bulan


2. Mikroskop 
Alat untuk mengatasi had deria pendengaran dan penglihatan mikroskop
 Fungsi : Untuk melihat objek yang sangat kecil seperti mikroorganisma

3. Kanta Pembesar
Alat untuk mengatasi had deria pendengaran dan penglihatan kanta pembesar
 Fungsi : Untuk membesarkan objek kecil

4. Sinar-X
Fungsi : Untuk mengimbas imej tubuh badan bagi digunakan untuk tujuan perubatan

5. Periskop
Alat untuk mengatasi had deria pendengaran dan penglihatan periskop

Fungsi : Untuk melihat objek di hadapan yang terlindung oleh halangan

6. Teropong
Fungsi : Untuk melihat objek yang jauh

7. Alat Pengimbas Ultrabunyi 
Alat untuk mengatasi had deria pendengaran dan penglihatan pengimbar ultrabunyi
Fungsi : Untuk mengimbas bahagian dalam badan dengan menggunakan imbasan ultrabunyi



 Muka Surat 4
(Alatan Untuk Mengatasi Had Deria Pendengaran)


1. Mikrofon


Fungsi : Untuk menukar gelombang akustik ke dalam bentuk getaran mekanikal


2. Pembesar Suara

Fungsi : Untuk menguatkan lagi bunyi yang dihasilkan


3. Stetoskop

Alat untuk mengatasi had deria pendengaran dan penglihatan stetoskop
 Fungsi : Untuk mendengar bunyi degupan jantung


4. Alat Bantu Pendengaran


Alat untuk mengatasi had deria pendengaran dan penglihatan alat bantu pendengaran
 Fungsi : Untuk membantu menguatkan lagi bunyi yang masuk ke dalam telinga 


Muka Surat 5 (Kesimpulan)

Kemajuan teknologi nampaknya banyak membantu kita untuk mendapatkan kualiti hidup yang lebih baik. Alatan moden seperti Sinar -X dan juga Alat Bantu Dengar, ternyata banyak membantu ramai manusia di luar dalam mendapatkan keperluan hidup yang maksimum. 

Walau bagaimana pun, sekalipun teknologi yang ada ini banyak membantu kita, namun perlu lah kita sedari akan kepentingan menjaga organ deria kita dengan baik. Ini juga bagi membolehkan kita menikmati segala kurniaan Tuhan dengan sempurna dan tanpa perlu bersusah payah. Harus juga kita bersyukur dengan segala kelebihan dan kekurangan yang ada pada diri sendiri supaya dapat menjalani kehidupan dengan sebaik mungkin.

0 komentar:

Posting Komentar