Senin, 03 Maret 2014

Link Semakan Keputusan BR1M 3.0 Online 2014 Status Permohonan..!!!

metatag: br1m3.0, link, online, rayuan, rm300, rm600, semakan, sms, 

Semakan keputusan BR1M 3.0 secara online 2014 dan status permohonan Bantuan Rakyat 1Malaysia. Menerusi makluman rasmi Bahagian Bilik Operasi BRIM, semakan keputusan kelayakan BR1M 3.0 boleh diketahui mulai awal bulan Februari 2014. Pembayaran BR1M akan dibuat menerusi akaun bank pemohon. Berikut adalah cara semak Keputusan BR1M 3.0 Online 2014.

Borang Permohonan BR1M 3.0

Semakan Keputusan BR1M 3.0 Online 2014

Hotline

Status kelayakan  BR1M 2014 hanya boleh disemak dengan menghubungi talian BR1M : 1-800-88-2716 yang beroperasi dari jam 9 pagi hingga 5 petang, ISNIN HINGGA JUMAAT Mulai FEBRUARI 2014.

Emel BR1M 3.0

Status kelayakan BR1M 3.0 juga boleh disemak menerusi emel ke br1m3@treasury.gov.my atau br1m2@treasury.gov.my Mulai FEBRUARI 2014.
Sila nyatakan Nama penuh dan Nombor Kad Pengenalan anda dalam pertanyaan ke alamatemel tersebut.

Nota: Setiap pertanyaan menerusi emel akan dibalas dalam masa 2-3 hari bekerja.

Cara Pembayaran BR1M 3.0 Online 2014
Maklumat akaun bank diperlukan dalam permohonan BR1M 2014 kerana pembayaran akan dimasukkan ke dalam akaun. Pemohon dinasihatkan supaya membuka akaun simpanan atas nama pemohon (jika belum mempunyai akaun simpanan) di mana-mana cawangan bank tempatan (BSN/Maybank/CIMB/PBB dan sebagainya). Akaun Tabung Haji dan ASB tidak dibenarkan

1 komentar:

  1. sampai skrg masih tak dapat lagi???
    dah letih bila check akaun bank jer jawapan nye sama jugak...
    tahun lepas dapat BR1M kerna masih bujang tapi tahun ni saya dah up date permohonan dgn tukar status dari bujang ke berkahwin.
    tapi masih tak dapat apa2 baik surat atau pun panggilan dari Lembaga Hasil Dalam Negeri berkenaan status BR1M saya ini.
    yg pelik kawan2 semua nye dah dapat tapi saya masih tak dapat lagi???

    BalasHapus