SUNGAI SIPUT - Bukan sahaja mulut disumbat dengan telur mentah, seorang wanita hamil sembilan bulan dipaksa menjilat air kencing dalam kejadian samun di rumahnya di Jalan Lintang di sini, awal pagi semalam.
Lebih malang, wanita yang hanya menunggu hari untuk bersalin itu turut ditendang tanpa peri kemanusiaan.
Dalam kejadian
kira-kira jam 8 pagi itu, M Yugeswari, 22, tinggal bersendirian di rumah
selepas suaminya keluar ke sebuah stesen minyak manakala ibu bapa
mertua ke kandang lembu bagi menjaga ternakan.
Menurutnya,
secara tiba-tiba tiga lelaki bertopeng meluru masuk ke dalam rumah
melalui pintu belakang tanpa sempat dia berbuat apa-apa.
“Salah seorang
lelaki berkenaan memegang dan menyuruh saya diam manakala dua lagi
menggeledah rumah,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.
Kata Yugeswari, tidak tahan dengan bau badan tiga lelaki berkenaan, menyebabkan dia termuntah.
Tambahnya, akibat berang dengan tindakannya itu, salah seorang lelaki berkenaan menyumbat telur dalam mulutnya yang diambil dari peti sejuk.
“Selepas itu, salah seorang daripada lelaki tersebut kencing di atas lantai dan memaksa saya menjilat air berkenaan, tetapi saya enggan berbuat demikian.
“Marah dengan
tindakan itu, penyamun tersebut terus menendang saya, namun bernasib
baik kerana tidak mengalami kecederaan,” katanya.
Yugeswari
berkata, dalam kejadian itu tiga lelaki berkenaan melarikan wang hasil
jualan lembu berjumlah RM5,000 dan juga barang kemas.
Katanya, laporan polis dibuat sebaik sahaja suaminya.
Sementara itu,
Ketua Polis Daerah Sungai Siput, Superitendan Azman Salim ketika
dihubungi mengesahkan ada menerima laporan berkenaan.
0 komentar:
Posting Komentar